fbpx

10,000 pengusaha bas dibebani hutang RM3 billion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz (tiga kiri) bersama pengusaha bas persiaran di IPD Putrajaya, di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Sebanyak 10,000 agensi bas pelancongan dan pengusaha bas Malaysia berdepan bebanan hutang kira-kira RM3 billion ekoran gagal menyelesaikan pinjaman kredit mereka.

Presiden Pertubuhan Gemilang Agensi Pelancongan & Pengusaha Bas Malaysia (GAPP Bas Malaysia), Abdul Aziz Ismail Gani berkata, sejak Mac hingga Oktober lalu rata-rata pengusaha bas gagal menyelesaikan bayaran bulanan kerana tidak diberikan moratorium.

Katanya, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac lalu, semua bas tidak beroperasi namun pada masa sama mereka perlu menjelaskan bayaran pinjaman penuh kepada syarikat kredit.

“Bas berkenaan dibeli melalui pinjaman kredit dan sepanjang PKP syarikat kredit tidak pernah memberi morotarium sehingga menyukarkan pengusaha untuk membayar balik pinjaman.

“Kami merasa kesal kerana kerajaan tidak membantu dan seolah-olah meminggirkan pengusaha bas sedangkan pihak bank memberi morotarium kepada pinjaman kenderaan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap lima agensi kerajaan termasuk dua kementerian di Ibu pejabat polis (IPD) Putrajaya di sini hari ini.

Laporan polis itu dibuat terhadap Jabatan Perdana Menteri (JPM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Pelancongan Malaysia (Motac); Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggunaan (KPDNHEP).

Abdul Aziz berkata, pada awal Jun lalu pihaknya telah menghantar surat kepada enam agensi kerajaan dan kementerian terbabit berhubung masalah yang dihadapi dan hanya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang memberi maklum balas.

“Sehubungan itu pihak kami mengemukakan laporan polis kerana pihak berkenaan gagal membantu menyelesaikan masalah dihadapi pengusaha bas,” katanya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI