fbpx

Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Rastam terima anugerah Maharaja Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster yang dikongsi di laman Facebook Istana Negara.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada Tan Sri Rastam Mohd. Isa.

Ucapan tersebut dizahirkan atas penganugerahan The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star oleh Maharaja Jepun kepada Rastam semalam.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Istana Negara, anugerah berprestij tersebut sebagai pengiktirafan atas sumbangan Rastam dalam mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun.

Jelas Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sukacita dan bangga serta menyifatkan anugerah berprestij tersebut sebagai pengiktirafan kepada beliau dan negara.

Malah kata Seri Paduka Baginda berdua, ia juga membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan individu yang berkualiti, berwibawa dan bertaraf antarabangsa.

“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar pencapaian cemerlang Tan Sri Rastam menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia, untuk memberi yang terbaik dan berusaha mencapai kejayaan cemerlang di dalam bidang masing-masing.

“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Tan Sri Rastam dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan,” kata Istana Negara.

Terdahulu, majlis penganugerahan tersebut telah diadakan di kediaman Duta Besar Jepun ke Malaysia Tuan Yang Terutama Takahashi Katsuhiko semalam.

Anugerah itu juga atas peranan penting Tan Sri Rastam dalam hubungan ekonomi antara kedua-dua negara melalui pertukaran nota rasmi “Perjanjian Perkongsian Ekonomi Jepun-Malaysia”.

Perjanjian tersebut telah merangsangkan ekonomi kedua-dua negara dan menambah baik persekitaran perniagaan dan meningkatkan peluang pelaburan.-KOSMO! ONLINE

Oleh KOSMO!

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan tahniah kepada Tan Sri Rastam Mohd. Isa.

Ucapan tersebut dizahirkan atas penganugerahan The Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star oleh Maharaja Jepun kepada Rastam semalam.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Istana Negara, anugerah berprestij tersebut sebagai pengiktirafan atas sumbangan Rastam dalam mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun.

Jelas Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sukacita dan bangga serta menyifatkan anugerah berprestij tersebut sebagai pengiktirafan kepada beliau dan negara.

Malah kata Seri Paduka Baginda berdua, ia juga membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan individu yang berkualiti, berwibawa dan bertaraf antarabangsa.

“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar pencapaian cemerlang Tan Sri Rastam menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia, untuk memberi yang terbaik dan berusaha mencapai kejayaan cemerlang di dalam bidang masing-masing.

“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Tan Sri Rastam dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan,” kata Istana Negara.

Terdahulu, majlis penganugerahan tersebut telah diadakan di kediaman Duta Besar Jepun ke Malaysia Tuan Yang Terutama Takahashi Katsuhiko semalam.

Anugerah itu juga atas peranan penting Tan Sri Rastam dalam hubungan ekonomi antara kedua-dua negara melalui pertukaran nota rasmi ‘Perjanjian Perkongsian Ekonomi Jepun-Malaysia’.

Perjanjian tersebut telah merangsangkan ekonomi kedua-dua negara dan menambah baik persekitaran perniagaan dan meningkatkan peluang pelaburan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI