fbpx

KPDNHEP Kelantan lupus barang tiruan RM1.54 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan (dua dari kiri) menunjukkan beg tangan tiruan yang akan dilupuskan di Stor Penyimpanan Eksibit KPDNHEP dekat Pengkalan Chepa hari ini.

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan melupuskan pelbagai barangan tiruan bernilai RM1.54 juta.

Pengarahnya, Adnan Abd. Rahman berkata, pelupusan itu melibatkan pelbagai barangan jenama tiruan, kawalan dan lain-lain melibatkan 752 kes sejak Januari hingga bulan ini.

“Barang yang dilupuskan antaranya pakaian, selipar, seluar jean, barangan kecantikan, kain tudung, cakera padat, ubat, minuman kopi campuran dan pelbagai barangan tiruan lain.

“Semua barang ini dilupuskan selepas selesai menjalani proses mahkamah sebelum KPDNHEP Kelantan menjalankan tindakan” katanya kepada pemberita di Stor Penyimpanan Eksibit KPDNHEP dekat Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Menurut Adnan, pihaknya sudah melaksanakan lima kali pelupusan termasuk kes melibatkan pelanggaran Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999 pada tahun ini.

Katanya, selain itu, sebanyak 183 kes penipuan melibatkan penjualan secara dalam talian direkodkan iaitu barangan yang dibeli tidak diterima pembeli dan sebahagiannya pula merupakan barangan tiruan sejak Januari sehingga Oktober lalu

“Kita menasihatkan pengguna agar lebih berhati-hati terutamanya pada musim jualan murah ketika penghujung tahun kerana bimbang ada pihak yang akan mengambil kesempatan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI