fbpx

[VIDEO] Pekin nafi rakan lumba haram sebabkan GR Yaris ‘jahanam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekin menafikan kemalangan menyebabkan kereta miliknya jenis GR Yaris Kansai D1 Edition 'total lost' dipandu rakannya adalah disebabkan aktiviti lumba haram.

PETALING JAYA – Pelakon Pekin Ibrahim reda selepas kereta jenis GR Yaris Kansai D1 Edition miliknya kemalangan teruk (total loss) selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Putra Height, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Walaupun sedih atas kejadian berlaku, terutama selepas kereta tersebut baru sahaja seminggu tiba di Malaysia, Pekin atau nama lengkapnya Mohd. Iznan Ibrahim, 42, bersyukur kerana kejadian ngeri tersebut tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa.

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik dalam TikTok, Pekin menjelaskan bahawa semasa kejadian, kereta miliknya itu dipandu oleh rakannya bernama Amirul dan turut dinaiki oleh dua rakan bernama abang Arif dan Faiz.

“Semasa kejadian bukan saya yang memandu. Kereta itu dipandu oleh rakan saya bernama Amirul. Abang Arif duduk di sebelah pemandu dan Faiz duduk di belakang.

“Alhamdulillah semua selamat walaupun ada yang mengalami kecederaan patah bahu. Doakan supaya mereka semua cepat sembuh,” katanya.

Menerusi video yang dikongsikan itu juga, suami kepada pelakon Mona Allen itu juga menggesa semua pihak supaya berhenti daripada bercakap tentang perkara yang tidak benar tentang kejadian tersebut.

“Ada kata meninggal dunia dan sebab berlumba. Berhentilah sebarkan perkara yang bukan-bukan. Benda berlaku sekelip mata. Semuanya qada’ dan qadar. Insurans akan ‘cover’, Insya-Allah. Kami akan berbincang selepas semuanya sihat. Harap doakan yang baik-baik,” ujar Pekin.

Pada masa sama, pelakon dan juga pengarah itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kebaikan untuk dirinya.

“Terima kasih pada yang mendoakan, yang telefon tidak henti-henti. Kepada mereka yang prihatin dan bertanya khabar saya, terima kasih banyak-banyak,” jelasnya.

Pada akhir video tersebut, pekin sempat menitipkan pesanan buat semua yang menonton video berkenaan.

“Buat anda, berhati-hati di jalan raya. Kalau bawa kereta member (kawan), hati-hati. Itu sahaja saya nak cakap,” katanya.

Difahamkan, kereta terbabit yang dibuat khas untuk Pekin dan turut mendapat sentuhan istimewa oleh pemilik Kansai Service di Jepun dan baru sahaja tiba di Malaysia seminggu yang lalu. – KOSMO! ONLINE

@pekinibrahim74

DOA YANG BAIK BAIK SEMUA . ❤️#bigjoecarwashanddetailing #Gryariskansai #Tinggalkenangan

♬ See You in Heaven – Calming Tune

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI