fbpx

Tidak pernah terfikir bakal jadi MB Kedah – Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi

PETALING JAYA – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tidak pernah terlintas dalam fikiran beliau untuk dilantik sebagai menjadi Menteri Besar (MB) selepas dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri pada tahun 2018.

Beliau berkata demikian dalam ‘podcast’ Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan yang disiarkan secara dalam talian, malam ini.

“Kebetulan, dalam 15 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menang ketika itu, saya mempunyai pengalaman lebih dalam pentadbiran kerajaan. Jadi, pada masa itu, saya dilantik sebagai ketua pembangkang.

“Mungkin ramai orang tidak tahu, saya juga telah ‘offer’ jawatan tersebut kepada Mukhriz. Saya bukannya hendak jatuhkan dia pun,” katanya.

Menurut Sanusi, beliau telah berjumpa Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersama mandat daripada Pas untuk kekal menyokongnya sebagai MB.

“Tetapi, dia (Mukhriz) tidak memberikan sebarang jawapan. Biasalah, Datuk Seri Mukhriz selalunya memang tidak akan menjawab serta-merta.

“Namun, dia (Mukhriz) nampak tidak bersetuju dengan cadangan tersebut,” katanya.

Sanusi juga berpendapat Pas menganggapnya lebih berpengalaman kerana mempunyai ramai kenalan.

“Pada waktu itu, saya berkawan dengan ramai orang, daripada ‘driver’, tukang sapu sehinggalah MB saja jaga. Saya dah biasa bekerja dengan mereka.

“Mungkin itu penilaian yang dibuat oleh Pas sehingga mereka bertindak melantik saya menjadi MB,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI