fbpx

Yusuf Al-Qaradawi pesan tunjuk akhlak Islam, jalin hubungan dengan AS, Eropah – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap pada Majlis Perasmian Peluncuran Buku Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi Autobiografi 'Sang Pelita Umat' di Kuala Lumpur. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih mengingati pesanan ulama besar dunia, Almarhum Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradawi supaya menjalinkan hubungan baik dengan Amerika Syarikat dan Eropah sekali gus memartabatkan agama Islam di mata dunia.

Berkongsi kisah tersebut, Anwar bercerita sewaktu berada di Qatar, kebetulan pada majlis tersebut dihadiri Setiausaha Amerika Syarikat (ketika itu) serta Hillary Clinton.

“Lepas itu saya makan tengah hari dengan Sheikh Dr. Yusuf. Berbeza dengan yang orang kata saya ini baik dengan Amerika, dia tak. Pendekatan dia lain.

“Dia kata dengan saya, ‘bincang pasal apa’ (dengan Clinton)? Dia kata teruskan Anwar. Kita perlu dalam kalangan pemimpin umat Islam, orang yang boleh sampaikan pandangan, menunjukkan kekuatan, keupayaan akhlak yang baik kepada mereka.

“Beza kan, padahal di sesetengah tempat hentak saya lunyai, alat, perkakas, ejen. Tapi dia bagi galakan kepada saya,” katanya berucap pada Majlis Perasmian Peluncuran Buku Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi Autobiografi ‘Sang Pelita Umat’ di sini hari ini.

Anwar berkata, Sheikh Dr. Yusuf juga berpesan kepada beliau supaya tegas dalam soal berkaitan Islam.

“Dia kata anta (anda dalam bahasa Arab) harus jadikan tugas anta, manfaatkan kekuatan anta, tegas dalam soal Islam. Jaga akhlak Islam.

“Bawa satu contoh yang baik, tapi pertahankan keperluan. Kekalkan jalinan dengan semua pihak termasuk Amerika Syarikat dan Eropah. Itu (pesanan) menakjubkan daripada seorang yang alim serta pemikir,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI