PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang dijangka melanda sembilan negeri, malam ini.
Menurut hantaran di laman Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca buruk dijangka berlarutan sehingga pukul 9 malam.
“Hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di kawasan Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, Perak dan Gua Musang, Kelantan.
“Selain itu, cuaca buruk juga bakal berlaku di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Pekan, Pahang dan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat, Selangor,” katanya dalam hantaran sama.
MetMalaysia turut meramalkan cuaca buruk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Jelebu dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
“Dalam masa yang sama, cuaca buruk turut diramal di Kuching (Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Limbang, Sarawak.
“Di Sabah, kawasan yang terlibat ialah Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Beaufort) dan Pantai Barat (Tuaran dan Ranau),” katanya.