fbpx

Jenazah Allahyarham Mohd. Irfan selesai disolatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Allahyarham Mohd. Irfan disolatkan di Surau Al Ikhwan PUJ 2 Taman Puncak Jalil di sini, hari ini./ FOTO: Fariz Rusadio

SERDANG – Jenazah Allahyarham Mohd. Irfan Fikri Mohd. Rawi selesai disolatkan di Surau Al Ikhwan PUJ 2 Taman Puncak Jalil di sini kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Allahyarham dibawa ke sini kira-kira pukul 2.35 petang untuk disolatkan selepas selesai bedah siasat yang dilakukan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras pagi tadi.

Seramai kira-kira 100 ahli keluarga dan kenalan Allahyarham hadir untuk menyolatkan jenazah yang dilakukan sebanyak empat sesi bagi mematuhi syarat prosedur operasi standard (SOP).

Difahamkan, jenazah seterusnya akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Islam USJ 22, Subang Jaya untuk disemadikan.

Terdahulu, Kosmo! hari ini melaporkan Allahyarham Mohd. Irfan Fikri bersama juruterbang, Leftenan Kolenel (B) Mohd. Sabri Baharom maut selepas helikopter dinaiki mereka terhempas di Taman Melawati, Ampang Jaya semalam.

Mohd. Irfan Fikri, 41, meninggalkan seorang balu bersama lima cahaya mata berusia tiga hingga 17 tahun.

Helikopter dinaiki Allahyarham Mohd. Irfan Fikri terhempas selepas dipercayai berlaku perlanggaran di udara dengan sebuah lagi helikopter yang dinaiki oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Bhd., Datuk Ahmad Jauhari Yahya bersama penumpang Tan Chan Eian.

Ahmad Jauhari dan Chan Eian bagaimanapun berjaya melakukan pendaratan cemas di padang Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Taman Kinrara dan hanya mengalami kecederaan ringan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI