fbpx

Morales bakal naturalisasi Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORALES mengakui belum ada ‘khabar gembira’ mengenai permohonan status kerakyatannya, namun sudah memasuki fasa akhir dan menunggu kad pengenalan rasmi.

PENYERANG import Kuala Lumpur City, Romel Morales berharap dapat segera meraih ‘pasport’ tempatan dalam usaha menjadi pemain naturalisasi terbaharu skuad Harimau Malaya menje­lang aksi antarabangsa September depan.

Pemain kelahiran Colombia itu mengakui masih belum mendapatkan ‘khabar gembira’ mengenai permohonan status kerakyatannya dan mahu lebih memberikan tumpuan kerana mengharungi jadual padat bersama The City Boys ketika ini.

“Saya tidak tahu (mengenai perkembangan) perkara tersebut. Buat masa ini saya lebih menumpukan perhatian kepada pasukan KL City kerana kita akan mengharungi banyak perlawanan dan final Piala FA tidak lama lagi.

“Sudah tentu saya harap (permohonan) dapat diselesaikan secepat mungkin sekali gus menerima khabar gembira. Jika ia menjadi kenyataan, saya akan bersedia sepenuhnya (jika dipanggil sertai skuad kebangsaan,” kata pemain berusia 26 tahun itu.

Pada bulan lalu pengurusan tertinggi KL City mengesahkan bahawa status permohonan ke­rakyatan bekas pemain Melaka United itu sudah memasuki fasa akhir dan kini hanya menunggu mendapat kad pengenalan rasmi.

Buat masa ini, skuad negara sudah ada tujuh pemain bertaraf naturalisasi seperti Mohamadou Sumareh, Endrick Dos Santos, Guilherme de Paula dan Liridon Krasniqi daripada kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

Selain itu tiga lagi pemain import yang diberi kerakyatan adalah Sergio Aguero (Sri Pahang), Lee Tuck (Kedah) dan Paulo Josue (KL City).

Pengendali import Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah membantu layak secara merit ke pentas Piala Asia 2023 itu buat kali pertama dalam tempoh 33 tahun dan kini dalam fasa persiapan terakhir sebelum ke Qatar pada Januari depan.

Pasukan kebangsaan dijangka mengharungi dua aksi antarabangsa di luar negara pada September sebelum menganjurkan Pesta Bola Merdeka pada Oktober di Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI