fbpx

Kane perlu desak Spurs jika mahu berhijrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE dikaitkan dengan perpindahan menyertai beberapa kelab gergasi, namun nilainya menjadi halangan ketika ini. - AFP

LONDON – Keinginan penyerang sensasi Tottenham Hotspur dan England, Harry Kane untuk mencipta kejayaan dalam usaha menjulang trofi pertama dalam kariernya perlu dipersoal andai enggan berhijrah pada jendela perpindahan kali ini.

Sebagai rekod, khidmat Kane menjadi buruan beberapa kelab terkemuka Eropah seperti Bayern Munich, Manchester United dan Chelsea tetapi pengurusan Spurs meletakkan tanda harga yang cukup tinggi sebanyak £120 juta (RM720 juta).

Difahamkan, hanya Bayern yang serius menghantar bidaan rasmi buat kali kedua baru-baru ini dengan nilai tawaran sebanyak £70 juta (RM420 juta), tetapi angka tersebut ditolak oleh Pengerusi Spurs, Daniel Levy.

Bekas penyerang antarabangsa England, Stan Collymore berpendapat Kane perlu memainkan peranan untuk mendesak pihak pengursan menjualnya pada jendela perpindahan kali ini memandangkan kontraknya hanya berbaki satu musim sahaja.

“Saya harap Kane dapat berhijrah mencapai impiannya pada jendela perpindahan kali ini. Dia sudah berikan segalanya kepada Spurs sepanjang karier dan tiada apa lagi yang perlu dibuktikan bersama kelab itu.

“Andai dia masih memilih untuk kekal, saya rasa wajar keinginannya untuk menjulang trofi berprestij dipersoal memandangkan kariernya telah dikritik hebat sebelum ini tanpa sebarang kejuaraan bermakna.

“Bagi Levy pula, saya rasa dia mengambil risiko yang cukup besar selepas menolak tawaran Bayern yang dianggap cukup lumayan bagi seseorang pemain yang mana kontraknya hanya berbaki setahun sahaja lagi.

“Andai situasi ini berterusan, Spurs mungkin akan kehilangan khidmat Kane secara percuma musim depan,” kata Collymore. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI