fbpx

Rugi RM96,000 ditipu agensi pembantu rumah haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Michael Chong (tengah) ketika berucap dalam sidang akhbar di Wisma MCA, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Lima individu kerugian RM96,000 selepas terpedaya dengan sindiket agensi menawarkan perkhidmatan pembantu rumah beroperasi secara haram.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Low, 49 tahun berkata, kali pertama mendapatkan khidmat tersebut pada tahun 2021 sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dia yang menetap di Klang berkata, ketika itu keadaan sangat mendesak untuk mendapatkan khidmat pembantu rumah dan syarikat itu menawarkan proses yang pantas kurang daripada satu bulan di Facebook.

“Kami diminta membayar RM2,300 setiap bulan kepada agensi tersebut untuk menggajikan pembantu rumah dan saya setuju ketika itu.

“Bagaimanapun, selepas menerima seorang pembantu rumah saya mendapati mereka mempunyai masalah dari segi tingkah laku, jadi saya meminta untuk menukarkan pembantu rumah.

“Syarikat tersebut bersetuju namun memerlukan saya menambah sebanyak RM7,000 bagi mempercepatkan proses tersebut, malangnya saya tetap mendapat pembantu rumah mempunyai masalah yang sama,” katanya yang sudah menerima tiga pembantu rumah daripada agensi itu.

Menurut Low yang, apabila ditanya kepada pembantu rumah itu, kesemua mereka berkelakuan demikian kerana tidak menerima gaji daripada agensi tersebut sepanjang bekerja selain passport dipegang majikannya.

“Dapat tahu sahaja bahawa syarikat tersebut bermasalah dan saya hampir kerugian RM22,000, saya segera meminta ganti rugi dan berjaya mendapatkan semula RM19,000.

“Mereka turut mempersoalkan tindakan saya menularkan modus operandi syarikat tersebut di Facebook dan mengugut untuk tidak memulangkan baki wang sekiranya tidak memadamkan hantara tersebut,” katanya.

Wanita tersebut antara lima mangsa yang membuat aduan pada Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan (PSCD) MCA, di Wisma MCA, Kuala Lumpur, hari ini.

Mengulas lanjut, Presiden Persatuan Agensi Pekerjaan Malaysia (Papa), Datuk Foo Yong Hooi berkata, syarikat yang menawarkan khidmat pembantu rumah itu beroperasi secara haram dan tidak mempunyai lesen yang sah.

“Orang ramai diminta memeriksa dahulu kesashihan sebuah agensi pengambilan pembantu rumah melalui laman web Jabatan Tenaga Kerja (JTK)

“Di Malaysia terdapat lebih 600 syarikat agensi menawarkan pembantu rumah namun hanya sekitar 400 sahaja beroperasi sah di sisi undang-undang.

“Mereka yang mengambil pembantu rumah daripada agensi tidak berdaftar boleh dikenakan tindakan bersubahat dalam pemerdangan manusia,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI