fbpx

Satu keluarga ketakutan, rumah dipenuhi anak ular sawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan anggota JPAM menangkap anak ular sawa di rumah wanita tersebut.

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa bimbang apabila rumah yang didiaminya dipenuhi anak ular sawa.

Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik Tiniefaizal85 di akaun TikTok miliknya memaparkan, beberapa anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sedang giat menangkap beberapa ekor anak ular sawa di kawasan rumahnya.

Jelasnya, walaupun banyak anak ular sudah ditangkap, namun kelibat anak ular sawa masih kelihatan di sekitar rumahnya.

“Ular masih ada lagi kat rumah. Tak tahu nak buat macam mana. Kami sekeluarga ketakutan, nak keluar takut, naik kereta pun takut sebab ada yang masuk dalam bonet.

“Semua anak ular sawa dah keluar masuk kawasan rumah,” katanya.

Tambahnya, dia juga meminta pendapat orang ramai cara mengatasi kehadiran ular sawa di rumahnya.

“Ada cadangan tak sahabat? Ada sarang ular sawa dekat bawah longkang saya itu,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pandangan mengenai masalah wanita tersebut.

“Kak, cuba letak limau dengan garam. Kak tabur dekat sekeliling rumah. Sebab selalu dengar orang cakap macam itu,” kata Farahsafn.

“Takutnya, tak boleh bayang nak tido macam mana. Memang ketakutan dibuatnya. Banyak sangat-sangat ni,” ujar MakcikTT.

Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih daripada 5,000 tontonan dan 259 tanda suka. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI