fbpx

[VIDEO] Usia 98 tahun, tapi saya mampu berfikir, berbincang dan berdebat – Tun Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video sambutan hari kelahiran ke-98 Dr. Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya semalam.

PETALING JAYA – “Saya sekarang 98 tahun, tapi saya masih mampu bercakap, berfikir, berbincang dan berdebat,” kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyambut hari kelahirannya yang ke-98 semalam.

Menerusi video dimuat naik di media sosial, beliau meletakkan harapan untuk terus bekerja sekali gus memberi khidmat bakti kepada orang ramai.

“Dengan media, ya seperti yang semua tahu bahawa saya masih mampu menjawab semua soalan diberikan. Saya harap untuk meneruskan kerja-kerja yang telah saya laksanakan.

“Reaksi yang sangat saya teruja serta berharap saya mampu untuk menjadi yang berguna dalam pengakhiran hidup saya,” katanya menerusi video tersebut.

Beliau turut menceritakan menerima ucapan hari kelahirannya semalam daripada orang ramai termasuk mereka dari luar negara.

“Saya amat gembira kerana menerima banyak ucapan selamat hari jadi ke-98 bagi diri saya. Saya amat menghargai ingatan tuan puan berkenaan umur saya dah lewat ni.

“Dalam masa sama, banyak juga dari luar negara yang mengucapkan selamat hari lahir dan saya menghargai sangat-sangat.

“Malah, saya akan terus berpegang kepada mereka yang memberi sokongan terhadap apa yang saya cuba buat untuk Malaysia,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir turut berharap hubungannya bersama masyarakat termasuk penyokong dari luar akan berterusan.

“Sekali lagi terima kasih kepada komen-komen anda, sokongan dan kritikan. Saya harap saya akan terus berikan khidmat kepada mereka yang masih memberikan sokongan kepada saya,” katanya.

Sementara itu, video itu turut memaparkan sambutan hari kelahiran beliau di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya selain memetik ucapan beliau ketika majlis tersebut.

“Seperti biasa saya masih aktif dalam politik dan ada benda saya buat, orang suka dan tak suka. Tapi saya ikhlas untuk perbaiki keadaan dalam negara. Itu hasrat saya dan saya ucap terima kasih kepada semua,” katanya. – KOSMO! ONLINE

@chedetofficialTerima kasih atas ucapan selamat hari jadi yang ke-98 bagi diri saya. Saya amat hargai ingatan tuan dan puan berkenaan dengan umur dan hari lahir saya. Thank you very much for your comments, support, and criticisms. I hope to continue being of service to those who still support me.

♬ original sound – chedetofficial

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI