fbpx

Ibu Yati meninggal dunia akibat radang paru-paru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster yang dikongsi Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

PETALING JAYA – Pemenang Hadiah Kewartawanan Malaysia-MPI 2014 (Anugerah Kajai) Wan Norhayati Wan Alias dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi.

Difahamkan Wan Norhayati atau lebih dikenali Ibu Yati meninggal dunia di Hospital Serdang akibat penyakit radang paru-paru.

Khabar sedih itu turut dikongsi oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang turut memuat naik poster ucapan takziah di laman media sosialnya.

Perkara itu juga turut dikongsi oleh rakan-rakan media di kumpulan aplikasi WhatsApp dan ramai yang merakam ucapan takziah kepadanya.

Semasa hayatnya, Ibu Yati pernah berkhidmat di beberapa agensi media termasuk Utusan Malaysia, Berita Harian dan Media Variasi sebelum kesihatannya merosot sejak beberapa bulan lalu.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI