PARIS – Aplikasi Threads yang dilancarkan oleh Intagram sebagai saingan kepada Twitter menerima lebih 100 juta pengguna dalam masa kurang lima hari, demikian menurut beberapa laman web pengesanan data hari ini.
Instagram sendiri mengambil masa dua setengah tahun untuk mencecah 100 juta pengguna selepas pelancarannya pada 2010.
Threads boleh dimuat turun di gedung aplikasi Apple dan Android di 100 negara lewat Rabu lalu. Bagaimanapun, ia masih tidak dapat dimuat turun di Eropah kerana syarikat induk Threads, Meta belum pasti tentang peraturan privasi data Kesatuan Eropah.
Twitter dipercayai mempunyai 200 juta pengguna aktif tetapi mengalami kegagalan teknikal berulang kali sejak Elon Musk membeli platform tersebut tahun lalu dan membuang beribu-ribu pekerja.
Threads lebih mudah mencari pengguna kerana ia dihubungkan kepada Instagram yang memiliki lebih satu bilion pengguna aktif. – AFP