BEIJING – Enam orang terbunuh dan seorang cedera dalam serangan tikaman di sebuah tadika di wilayah Guangdong hari ini, kata beberapa pegawai.
“Mangsa termasuk seorang guru, dua ibu bapa dan tiga pelajar,” kata seorang jurucakap pemerintah tempatan di bandar Lianjiang di mana insiden berlaku.
Jurucakap sama tidak menyebut secara terperinci tentang identiti atau umur mangsa, juga mengenai senjata yang digunakan dalam serangan itu.
“Seorang suspek telah ditangkap,” tambahnya.
Suspek merupakan seorang lelaki berusia 25 tahun dan memiliki nama keluarga Wu, kata polis tempatan dalam satu kenyataan sambil menambah, serangan itu dilakukan dengan sengaja.
Tragedi berlaku sekitar pukul 7.40 pagi (waktu tempatan), lapor media perintah Rangkaian Berita China. – AFP