fbpx

Rakyat Bahrain paling kuat makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakyat Bahrain mengambil lebih 4,000 kalori sehari secara purata. – The Independent

LONDON –  Satu kajian mendapati rakyat Bahrain mengambil purata lebih 4,000 kalori makanan sehari sekali gus negara dengan penduduk paling kuat makan di dunia, lapor portal berita MailOnline semalam.

Kajian itu dilakukan oleh platform maklumat  Universiti Oxford, OurWorldInData  yang mengumpul pengambilan kalori dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Berada di tempat kedua selepas Bahrain ialah Amerika Syarikat di mana rakyatnya mengambil kira-kira 3,868 kalori makanan sehari diikuti  Ireland di tempat ketiga dengan 3,850 kalori.

Belgium menduduki tangga keempat dengan  3,824 kalori diikuti Turkiye (3,762 kalori).

Daripada 184 negara yang dikaji, 173 daripadanya didapati mengambil lebih  2,000 kalori makanan sehari atau melebihi  kadar harian yang dicadangkan untuk kedua-dua jantina oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA).

Namun, secara keseluruhan,  pengambilan kalori telah mencatatkan peningkatan sejak berdekad-dekad lalu, dipacu oleh kemunculan makanan segera, makanan sedia dimakan serta makanan proses yang mudah didapati.

Epidemik makan secara berlebihan juga turut dikaitkan dengan gejala kurang tidur  disebabkan oleh gaya hidup seharian, kehadiran berterusan cahaya elektrik serta tekanan hidup.

Kajian  sama selain itu menyenaraikan Republik Afrika Tengah sebagai negara yang paling kurang mengambil kalori iaitu purata 1,641 kalori untuk setiap orang sehari.

Ia diikuti  Burundi (1,696), Madagascar (1,770), Zimbabwe (1,853) dan Yemen (1,957) di tempat tercorot.

Sementara itu, penduduk Malaysia didapati mengambil purata   2,934 kalori sehari. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI