fbpx

PRN: PN sukar rampas Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Faiz bersama komuniti nelayan pada program Rahmah Mesra Madani di Kuala Perlis, hari ini.

KUALA PERLIS – Perikatan Nasional (PN) dijangka sukar memenangj mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini, apatah lagi mahu merampas negeri itu.

Ahli Majlis Pimpinan Parti Amanah Negara (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil berkata, ia berdasarkan sentimen PRN yang berbeza berbanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya, rakyat dilihat lebih yakin dengan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang merupakan Kerajaan Persekutuan ketika ini.

“Sentiman PRU15 lalu dilihat berbeza berikutan banyak kempen dijalankan setiap parti menjurus terhadap pentadbiran peringkat pusat oleh kerajaan.

“Pada waktu itu (PRU15), kita tidak turun ke bawah untuk berkempen tentang prestasi negeri sedangkan rakyat Pulau Pinang sendiri tahu tahu bagaimana tentang prestasi kerajaan negeri ketika itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Rahmah Mesra Madani, di sini hari ini.

Katanya, angan-angan menguasai Pulau Pinang memang mudah, namun untuk menguasai 40 DUN itu adalah sukar.

Muhammad Faiz berkata, rakyat Pulau Pinang mahu terus kekal bersama kerajaan negeri sedia ada susulan pencapaian baik ditunjukkan struktur pentadbiran mantap sebelum ini.

“Mereka juga mahu kepimpinan sebelum ini menerusi pemberian insentif, pengurusan pentadbiran dan pertambahan ekonomi yang cemerlang berbanding negeri-negeri lain.

“Rakyat mahu melihat pembangunan di Pulau Pinang berterusan kerana ia juga dapat memberi kemakmuran kepada mereka pada masa hadapan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI