fbpx

Cuaca buruk hampir di semua negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hampir di semua negeri, petang ini.

Menurut hantaran MetMalaysia di laman Facebook, negeri yang terkesan dengan cuaca buruk ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

“Di Kedah, cuaca buruk diramal berlaku di Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Selain itu, di Perak, hujan dijangka melanda Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta,” katanya.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk juga diramal berlaku di Kota Bharu, Jeli, Bachok, Machang dan Pasir Puteh, Kelantan dan Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu, Terengganu.

“Turut terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Kuantan, Pekan dan Rompin, Pahang serta Sabak Bernam dan Hulu Selangor, Selangor.

“Cuaca buruk juga mungkin melanda Jempol, Negeri Sembilan serta Segamat dan Mersing, Johor sehingga pukul 7 malam ini,” katanya.

Dalam hantaran yang sama, MetMalaysia turut memberikan amaran cuaca buruk di Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit (Song), Bintulu, Miri (Subis, Beluru dan Marudi) dan Limbang (Lawas), Sarawak. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI