fbpx

Malaysia-India teroka kerjasama baharu pertahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika mengadakan pertemuan bersama Shri Rajnath Singh di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan India, Shri Rajnath Singh di pejabat beliau, di sini.

Dalam pertemuan itu, Anwar berkata, kedua-dua pihak melontarkan pandangan untuk menilai kerjasama pertahanan antara Malaysia dan India.

Katanya, ini termasuk berbincang untuk membentuk kerjasama baharu yang boleh diterokai bersama.

“Kami turut berkesempatan bertukar pandangan terkait isu-isu antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

“Saya turut dimaklumkan mengenai pertukaran surat (EOL) bagi meminda memorandum persefahaman (MoU) kerjasama pertahanan antara Malaysia dan India yang disempurnakan oleh kedua-dua menteri terlibat,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Turut mengiringi pertemuan itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI