fbpx

Winwan mahu tembusi pasaran Asia Tenggara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Shariza menunjukkan produk keluaran syarikat di pejabatnya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Winwan Health & Beauty (Winwan), sedang merangka pelan pengembangan untuk menembusi pasaran di Asia Tenggara mulai tahun depan.

Pengasas syarikat, Wan Shariza Wan Halim berkata, fokus awal syarikat adalah di pasaran berpotensi seperti Indonesia, Singapura dan Brunei ekoran terdapat permintaan yang baik daripada pelanggan di sana sebelum ini.

“Kami berbangga kerana produk yang dilancarkan tidak sampai setahun telah mendapat sambutan baik daripada pelanggan dari luar negara. Kami optimis untuk meme­nuhi keperluan mereka,” katanya dalam kenyataan yang dike­luarkan di sini baru-baru ini.

Winwan menawarkan tiga produk yang dibangunkan dengan hasil kajian dan pemba­ngunan yang teliti, yang mana ia terdiri daripada Kuartox, Jamutih dan Cokorus.

“Kuartox adalah detoks formulasi terkini yang membantu mengatasi masalah sembelit, tidak lawas sekali gus dapat menjaga kesihatan usus.

“Jamutih pula adalah jamu berkonsepkan 2 in 1 iaitu berperanan merawat kesihatan dalaman kaum Hawa serta mencantikkan dan mencerahkan kulit.

“Produk terakhir dan paling laris ialah Cokorus yang merupakan minuman berkonsepkan weight management (pengurusan berat) yang membantu mengawal berat badan khususya untuk mereka yang berhasrat menurunkan dan mengidamkan berat badan ideal,” katanya.

Wan Shariza menerangkan, kesemua produk keluaran syarikat dihasilkan daripada bahan semula jadi dengan tawaran harga berpatutan selain selamat digunakan oleh kumpulan pelanggan sasarannya.

Selain itu, syarikat bakal melancarkan lipmatte tidak lama lagi sekali gus menjadikan ia produk sulung diperkenalkan dalam kategori kosmetik. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI