fbpx

Lori terbalik, laluan di PLUS arah selatan terhalang sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lori yang membawa muatan habuk kayu terbalik dalam keadaan melintang di KM 441.3 berhampiran Sungai Buaya hari ini.

RAWANG – Sebuah lori yang membawa muatan habuk kayu terbalik di Kilometer 441.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Sungai Buaya hari ini.

Kejadian pukul 12 tengah hari itu turut mengakibatkan laluan di kawasan tersebut terhalang sepenuhnya.

Difahamkan, keadaan lori itu terbalik dalam keadaan melintang selain habuk kayu bertaburan atas lebuhraya tersebut.

Pemandu dan kelindan lori itu dilaporkan mengalami kecederaan ringan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI