fbpx

Uniten pasang sistem solar panel atas bumbung berkapasiti 549 kWp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Urusan GSparx Sdn Bhd, Elmie Fairul Mashuri (kiri) bersama Ketua Pegawai Retail TNB, Kamal Arifin A. Rahman dan Mohd. Zamri (kanan) pada majlis perjanjian berkaitan SARE yang dimeterai di Putrajaya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Universiti Tenaga Nasional (Uniten)  kini memiliki sistem solar panel atas bumbung berkapasiti 549 kWp di dua buah bangunan utama universiti tersebut.

Sistem solar tersebut telah di pasang di Bangunan Pengurusan dengan kapasiti 249 kWp dan Bangunan Kolej Kejuruteraan dengan kapasiti 300 kWp yang telah siap dipasang sepenuhnya pada 10 Mei 2023.

Pemasangan sistem solar panel ini adalah di bawah inisiatif Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (SARE) yang telah ditandatangani di antara Uniten, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan GSPARX Sdn Bhd (GSPARX) baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor Uniten, Prof. Datuk Dr. Mohd Zamri Yusoff berkata, melalui skim SARE dan sistem solar panel ini, Uniten  dapat menikmati kos pendahuluan sifar dalam pemasangan panel Solar PV, penjimatan kos elektrik yang dianggarkan berjumlah RM3.5 juta untuk tempoh 25 tahun.

Ia turut mendapat manfaat daripada kos kerja penyelenggaraan sifar termasuk pemantauan dan pembaikan dalam tempoh kontrak.

“Dengan pemasangan sistem fotovoltaik solar ini, Uniten akan  dapat mengukuhkan reputasinya sebagai universiti berfokuskan tenaga yang menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui dan menyokong komitmen hala tuju kelestarian TNB (TNB Sustainability Pathway) ke arah pelepasan sifar bersih menjelang tahun 2050,” katanya.

Menurut beliau, Uniten turut memiliki teknologi solar panel yang lain seperti sistem Senslar yang merupakan sistem solar panel yang diapungkan di tasik Masjid Uniten dan sistem Nano Grid yang merangkumi teknologi solar panel nano dan ultra-kapasitor di Medan Selera Kolej Kejuruteraan Uniten. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI