fbpx

Nahas bas persiaran: Bawa 20 penumpang dalam perjalanan dari Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana Jabatan Kecemasan dan Trauma di HTJ, hari ini. - Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

SEREMBAN – Insiden bas persiaran di Kilometer 285.3 Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Utara), di sini, pagi tadi, membawa 20 penumpang dengan majoritinya bukan warganegara Malaysia dalam perjalanan dari Singapura ke Kuala Lumpur.

Dalam kejadian berkenaan, pemandu bas, Muhammad Hassan Hashim, 33, dan seorang penumpang hadapan bas iaitu wanita warga Indonesia berusia 42 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintendan Mat Ghani Lateh, kemalangan membabitkan dua buah kenderaan iaitu bas persiaran dan sebuah kereta.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati sebuah bas persiaran milik Syarikat LA Holidays Travel & Tours Sdn Bhd yang membawa 20 penumpang termasuk pemandu sedang dalam perjalanan dari Singapura menuju ke Kuala Lumpur.

“Apabila tiba di lokasi telah disyaki terbabas melanggar tiang jambatan di kanan lebuh raya sebelum berpusing ke kiri dan melanggar sebuah kenderaan yang berada di lorong kiri lalu terbabas masuk ke bahu kiri jalan.

“Dua orang mangsa iaitu pemandu bas iaitu seorang lelaki Melayu berumur 33 tahun dan seorang penumpang bas iaitu perempuan warganegara Indonesia berumur 42 tahun telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Lima penumpang bas dilaporkan mengalami kecederaan parah, manakala 13 penumpang lain mengalami cedera ringan. Seorang penumpang kereta jenis Proton Wira mengalami cedera ringan, manakala pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pecahan mangsa penumpang bas termasuk pemandu mengikut warganegara adalah lima Malaysia, empat Indonesia, Singapura (tiga), Kanada (dua), Filipina (tiga), masing-masing (satu) dari China dan Sepanyol.

“Kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban untuk menerima rawatan lanjut manakala dua orang yang maut dibawa ke hospital yang sama bagi proses bedah siasat.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI