fbpx

Bekas kapten bola kebangsaan didakwa ceroboh bilik hotel isteri orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Shahrul (kiri) ketika hadir di Mahkamah Sesyen hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

PETALING JAYA – Seorang bekas kapten skuad bola sepak kebangsaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menceroboh bilik hotel didiami kenalan wanitanya, bulan lalu.

Ahmad Shahrul Azhar Sofian, 49, didakwa melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki bilik hotel wanita berusia 36 tahun yang juga isteri orang di Kelana Jaya di sini pukul 6 petang, 21 Jun lalu.

Kesalahan didakwa dilakukan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda hingga RM 5,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Ekoran pengakuan tidak bersalah itu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Maryam Jamilah Md. Kamal, mencadangkan jaminan RM6,000 terhadap tertuduh yang juga bekas pemain Perak FA.

“Mangsa dalam kes ini ialah kenalannya. Syarat tambahan supaya tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan hingga kes selesai,” katanya.

Sementara itu, peguam bela Ahmad Shahrul, Datuk Suraj Singh memohon jaminan paling rendah atas alasan anak guam perlu menanggung isteri serta tujuh anak selain tiada risiko melarikan diri.

“Anak guam dalam jaminan polis ketika menerima panggilan dan terus hadir ke mahkamah, tidak cuba mengelak dan melarikan diri. Isterinya tidak bekerja, manakala enam daripada tujuh anaknya masih belajar.

“Rakan anak guam yang juga pekerja kontrak akan menjadi penjamin untuk pastikan kehadiran pada tarikh akan datang, selain tertuduh tiada kes rekod jenayah di mahkamah,” katanya.

Majistret Zhafran Rahim Hamzah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 serta syarat tambahan seperti dimohon pihak pendakwaan, selain menetapkan 18 September ini untuk sebutan kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI