fbpx

PKS antara majikan culas daftar, carum Perkeso pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammed Azman ketika menyempurnakan Ops Kesan Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Movenpick Hotel And Convention Centre KLIA, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

SEPANG – Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang tidak mempunyai pengurusan sumber manusia yang sistemik merupakan antara golongan majikan yang culas mendaftarkan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi pekerja mereka.

Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, majikan yang menjalankan perusahaan kecil juga dilihat mempunyai tahap kesedaran yang rendah untuk mendaftarkan pekerja tetap atau sambilan mereka.

“Masalahnya majikan-majikan kedai kecil, peniaga runcit atau makanan mereka ini yang kebanyakannya tidak mendaftar, kalau syarikat gergasi mereka ada bahagian pengurusan sumber manusia yang tahu tanggungjawab untuk daftarkan keperluan statutori.

“Majikan besar bukan masalah tapi masalah yang paling utama ialah majikan kecil yang baru hendak naik (perniagaan mereka). Mereka ini yang selalu kurang kesedaran kerana tiada sumber manusia dan buat semua kerja sendiri,” katanya menerusi sidang media selepas Operasi Pengesanan Majikan (Op Kesan) Peringkat Kebangsaan 2023 di Kota Warisan hari ini.

Op Kesan merupakan tindakan penguatkuasaan bersepadu yang dijalankan pegawai penguat kuasa Perkeso melibatkan 54 pejabat di seluruh negara bagi menjejak majikan yang masih belum mendaftar dan mencarum pekerja dibawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).

Selain isu PKS, Mohammed Azman berkata, masih terdapat majikan yang tidak mendaftarkan caruman bagi pekerja sambilan dengan memberi alasan bahawa mereka tidak tahu bahawa pekerja terbabit perlu didaftarkan.

Beliau menegaskan bahawa setiap pekerja sama ada yang bekerja secara tetap, sementara atau sambilan perlu didaftar dan mempunyai caruman Perkeso sebagai perlindungan pekerja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI