fbpx

Realiti makanan Malaysia tinggi kalori, harga mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Public Health Malaysia (PHM) berkongsi empat ciri-ciri makanan di negara ini yang menjadi penyumbang kepada masalah obesiti dalam kalangan rakyatnya.

Menurut PHM, ia merupakan situasi sebenar di Malaysia terutama melibatkan makanan-makanan viral yang menjadi tumpuan orang ramai.

“Realiti makanan-makanan viral masa kini di Malaysia.

“Antaranya kuantiti makanan yang banyak (XXL), mempunyai limpahan kalori dengan penambahan kentang goreng dan aneka sos, keju leleh,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Poster perkongsian PHM.

Tambah PHM, di Malaysia sering menghidangkan minuman manis bersaiz jumbo (besar) dan mempunyai tambahan pemanis lain.

“Yang lebih utama, makanan Malaysia harganya lebih mahal,” kongsinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI