fbpx

Lelaki disyaki seksa anjing hingga mati diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video dua lelaki bertindak memukul anjing menggunakan batang kayu.

BALIK PULAU – Polis masih mengesan suspek lelaki tempatan yang dipercayai menyeksa seekor anjing sehingga mati di Kampung Teluk Tempoyak, Batu Maung di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, terkesan satu artikel serta video tular di media sosial semalam yang mempamerkan tindakan dua lelaki sedang menyerang sesuatu (anjing) menggunakan kayu di kawasan semak.

“Pengadu membuat laporan polis untuk siasatan dan tindakan lanjut siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku di Kampung Teluk Tempoyak, Batu Maung kira-kira pukul 8.38 malam kelmarin.

“Menurut saksi kejadian, dia telah melihat dua suspek lelaki tempatan yang tidak dikenali disyaki tinggal berdekatan tempat kejadian sedang menyerang seekor anjing yang terjatuh ke dalam longkang di tepi jalan,” katanya di sini hari ini.

Menerusi video yang tular di Twitter itu, dua lelaki terbabit bertindak memukul anjing tersebut menggunakan batang kayu.

Menerusi ciapan tersebut, difahamkan anjing tersebut dilanggar motosikal berkenaan ketika ia melintas jalan di kawasan tersebut yang agak gelap dan suram.

Menurutnya, saksi kejadian terus bertindak merakam perbuatan suspek menggunakan telefon bimbit miliknya dan menghantar rakaman itu kepada rakannya yang tinggal di Petaling Jaya sebelum ditularkan melalui akaun Twitter.

“Usaha untuk mengesan suspek terlibat masih diteruskan dan polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung kejadian tersebut. Kes disiasat di bawah Seksyen 29 (1) Akta Kebajikan Haiwan 2015,” katanya.

Tambahnya, pihak polis akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang mendera atau memukul binatang tanpa alasan munasabah.

“Pihak polis juga ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan lagi video berkenaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI