fbpx

Abdul Hadi pula disiasat isu sentuh 3R

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi.

KUALA LUMPUR – Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan yang dipercayai menyentuh isu 3R (raja, agama, bangsa).

Ahli Parlimen Marang itu disiasat selepas mendakwa parti DAP mahu mengekalkan pengertian Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran penjajah yang menjunjung liberalisme dan kebebasan yang diamalkan oleh negara barat.

Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Suresh Kumar G. Suppiah berkata, kenyataan tersebut dikesan melalui satu hantaran di Facebook rasminya, kelmarin.

Kata beliau, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), D5 Bukit Aman digerakkan bagi menjalankan siasatan terhadap kenyataan itu.

“Siasatan dijalankan di bawah seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu proses tersebut kerana siasatan masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas beliau, tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Terdahulu, media melaporkan, Abdul Hadi menggunakan retorik kaum dan agama, dengan mendakwa parti DAP memiliki agenda perkauman Cina dan menyambung usaha penghapusan ketuanan Melayu serta bumiputera yang dirancang penjajah British.

Beliau turut mendakwa DAP mahu mengekalkan maksud Islam dalam perlembagaan mengikut acuan penjajah dengan mempertahankan konsep liberalisme dan kebebasan yang diperjuangkan barat.

Abdul Hadi juga mendakwa DAP menggunakan jurubicara dalam kalangan orang Melayu untuk mencapai agenda parti itu, manakala parti lain yang bekerjasama dengan DAP hanya menumpang pengaruhnya untuk menang.

Dalam masa sama, Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam mengesahkan menerima beberapa laporan berhubung kenyataan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, yang dipercayai menyentuh isu 3R di Tokong Batu, Jelutong, Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI