fbpx

Anwar berdepan masalah besar dalam Kerajaan Perpaduan – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN Negeri Sembilan, malam tadi.

SEREMBAN – Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa berhadapan dengan masalah isu dalaman Barisan Nasional (BN) berikutan tiada kesepakatan parti komponen MCA dan MIC dalam kerajaan ketika ini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan parti komponen MCA dan MIC untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang membuktikan perkara itu.

“Masalah besar mereka antara lain, sekarang ada gabungan BN, BN terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC, apa yang jadi kepada MCA dan MIC? Terkeluar dan tidak masuk.

“Tidak pernah berlaku dalam sejarah MCA dan MIC tidak bertanding dalam pilihan raya, kenapa? sebab tiada kesepakatan di antara mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN Negeri Sembilan di sini, malam tadi.

Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berkata, Anwar berdepan masalah kerana BN pula dipimpin oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri dan berdepan 47 pertuduhan di mahkamah.

“Apa masalah Anwar? jika tiada sokongan BN, beliau tidak akan jadi Perdana Menteri. Sudah timbul kacau bilau politik dalam PH dan kacau politik dalam BN, kalau sudah parti yang mendukung kerajaan Pusat begitu keadannya, zahirnya nampak berpadu, sebenarnya tidak lagi, tunggu masa sahaja akan terburai dan tersungkur jatuh,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI