fbpx

Dua maut, tiga parah dalam nahas bas dan kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kemalangan membabitkan sebuah bas dan sebuah kereta di Kilometer 285.5 Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Utara), dekat Nilai, Seremban pagi tadi.

SEREMBAN – Dua maut manakala tiga lagi cedera parah dalam nahas melibatkan sebuah bas dan sebuah kereta di Kilometer 285.5 Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Utara), di sini pagi ini.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Pegawai Kanan Bomba II, Shahrudin Mohd. Din berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 5 pagi tadi.

“Kemalangan membabitkan sebuah bas dan sebuah kereta Proton Wira. Terdapat 22 orang mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Nilai yang juga komander operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Bakarya Mohd. Salleh berkata, dua yang maut merupakan lelaki pemandu bas dan penumpang wanita warga Indonesia.

“Seorang lelaki dan seorang wanita yang berada di dalam kereta juga selamat. Mangsa yang lain tidak dapat dikenal pasti dan telah dibawa ke hospital,” katanya

Sementara itu, menurut akaun Twitter @plustrafik, kemalangan tersebut telah menyebabkan trafik sesak sepajang enam kilometer ekoran lorong kiri dan tengah terhalang.

Laporan lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI