fbpx

4 pengarah didakwa hari ini kes pencemaran Sungai Kundang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Empat pengarah syarikat dan lapan pekerja akan didakwa di Mahkamah Selayang hari ini berhubung kes pencemaran di Sungai Kundang pada 22 Oktober lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, kertas siasatan berhubung kes terbabit dirujuk ke pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri pagi tadi.

“Kita telah mendapat arahan untuk melakukan pertuduhan terhadap empat pengarah syarikat terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan mengikut Seksyen 25(1) Akta Kawalan Alam Sekeliling 1974.

“Keempat-empat pengarah syarikat juga dituduh mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 kerana menggajikan pekerja asing tanpa permit sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, lapan lelaki Myanmar dituduh mengikut Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1959/63 kerana melanggar syarat pas/permit kerja. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI