fbpx

Peluang bukan bumiputera sambung belajar sentiasa ditambah baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina melihat inovasi pembelajaran braille seorang pelajar OKU penglihatan pada Majlis Perasmian Penutupan INORO'23 di Kolej Vokasional Kulim, Kulim, hari ini. - Foto SHAHIR NOORDIN

KULIM – Kementerian Pendidikan (KPM) melakukan banyak penambahbaikan sistem kuota sedia dalam memastikan pelajar bukan bumiputera mendapat peluang sepatutnya untuk melanjutkan pelajaran.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kerajaan tetap berpendirian untuk mengekalkan kuota kepada pelajar Melayu dan bumiputera, namun pada masa sama tidak meminggirkan kaum lain.

“Kita memang bersama dengan apa yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi dalam masa sama di peringkat KPM kita ada banyak penambahbaikan dan saya ingin memberi jaminan bahawa kita tidak meminggirkan mana-mana bangsa.

“Ini penting khususnya tingkatan enam yang sedang kita lihat dan peluang-peluang lain untuk memastikan semua anak kita mendapat akses pendidikan yang sama, jadi tiada siapa yang patut ditinggalkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Pertandingan Inovasi dan Robotik peringkat kebangsaan, di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri pada Program Temu Anwar menjelaskan sistem kuota untuk pelajar Melayu dan bumiputera dalam bidang pendidikan perlu dikekalkan bagi mengimbangi jumlah pelajar kaum itu di institusi pengajian tinggi (IPT).

Sementara itu dalam perkembangan lain, Fadhlina berkata, kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih sekolah daif di seluruh negara termasuk enam buah sekolah di Kedah menjadi keutamaan KPM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI