fbpx

KPKT peruntuk RM950,000 baik pulih rumah bandar Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKMAL Nasrullah (dua dari kanan) menyampaikan bantuan PEKB kepada seorang peserta di Kuantan, hari ini.

KUANTAN – Sebanyak RM950,000 diperuntukkan kerajaan pusat melalui Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi program baik pulih rumah di bandar negeri ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata, jumlah terbabit melibatkan 63 Ketua Isi Rumah (KIR) yang menerima bantuan kadar maksimum sebanyak RM15,000 bagi tujuan membaiki rumah mereka.

“Kerajaan juga telah melantik pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai pelaksana untuk melengkapkan projek tersebut melibatkan rumah yang rosak disebabkan faktor usia atau bencana namun masih ekonomik untuk dibaiki.

“Pembaikan itu melibatkan komponen-komponen asas rumah seperti bumbung, dinding, lantai dan tingkap,” katanya pada Majlis Penyerahan Bantuan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB), di Dewan Teja Skill Tanjung Lumpur, di sini, hari ini.

Dalam program terbabit, Akmal Nasrullah turut menyampaikan Bantuan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) kepada 54 peserta yang terdiri daripada 25 peserta di bawah badan bukan kerajaan (NGO) Wanita Inspirasi Kuantan (WINK) yang menetap di daerah ini dan 29 orang peserta di bawah NGO Yayasan Bestari Malaysia yang menetap di Terengganu.

Tambahnya , KPKT turut mendapat kelulusan daripada kerajaan untuk menaikkan jumlah peruntukan kepada RM20,000 berbanding RM15,000 sebelum ini bagi membolehkan kerja baikpulih itu dilakukan secara menyeluruh.

“Sebelum ini KPKT telah memperuntukkan sebanyak RM40.26 juta bagi projek membaik pulih rumah yang memanfaatkan 2,534 KIR di seluruh negara sementara RM2 juta untuk pembinaan rumah baharu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI