fbpx

Pemuda Pas Kangar buat laporan polis terhadap Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Azizi (tengah) menunjukkan laporan kenyataan media yang memetik kenyataan Guan Eng di hadapan IPD Kangar, hari ini.

KANGAR – Pemuda Pas Kawasan Kangar membuat laporan polis ke atas Pengerusi DAP, Lim Guan Eng susulan kenyataan yang didakwa menyentuh sensitiviti agama dan ketenteraman awam negara ini.

Ketuanya, Mohd. Azizi Syam Samsudin berkata, Guan Eng tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu memandangkan rakyat di negara ini terdiri daripada masyarakat majmuk daripada pelbagai agama dan kaum.

“Guan Eng tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu selepas seorang pemimpin parti kerajaan sebelum ini menentang mana-mana pihak menggunakan isu 3R iaitu agama (religion), raja (royalty) dan kaum (race).

“Tidak wajar kenyataan itu dikeluarkan oleh seorang pemimpin dalam parti kerajaan yang menentang mana-mana pihak yang menggunakan isu 3R ini, namun mereka sendiri yang bertindak sedemikian,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis, di sini hari ini.

Laporan sama turut dilakukan secara berasingan oleh Pemuda Pas Kawasan Arau, Pemuda Pas Kawasan Padang Besar dan Pemuda Pas negeri di kawasan masing-masing.

Mohd. Azizi turut meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan telus terhadap kenyataan Guan Eng itu yang mampu mengundang pelbagai kesan terhadap keharmonian rakyat di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI