fbpx

FAMA sasar RM7 juta jualan di Malaysia Fest Singapura 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin (tiga dari kiri) menghadiri majlis penutup Penang Fama Fest 2033 yang disempurnakan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin (tengah) di pekarangan Kompleks Bukit Jambul, Bayan Lepas hari ini.

GEORGE TOWN – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan jualan lebih RM7 juta menerusi penyertaan usahawan dari negara ini ke Malaysia Fest yang akan berlangsung di Singapura nanti.

Pengerusi FAMA, Aminuddin Zulkipli berkata, Malaysia Fest itu yang bermula 27 hingga 30 Julai nanti akan disertai seramai 124 usahawan yang membawa produk-produk kebanggaan negeri masing-masing.

“Malaysia Fest ini menawarkan pelbagai produk dari Malaysia dan ia sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan dari warga Singapura, sebagai contoh tahun lalu produk berkaitan petai ‘meletup’ di sana.

“Pada tahun ini, kita sasarkan jualan sebanyak RM7 juta dengan penyertaan 124 usahawan yang mempunyai ‘signature’ produk dari negeri masing-masing,” katanya selepas menghadiri majlis penutup Penang Fama Fest 2023, di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, selain sasaran jualan sebanyak RM7 juta, FAMA juga mensasarkan padanan perniagaan membabitkan usahawan yang terlibat di ekspo tersebut iaitu sebanyak RM3.5 juta.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI