fbpx

Tujuh saksi kes tembak banglo, kereta penjawat awam dipanggil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (kiri) menyampaikan sumbangan daging lembu korban dan wang tunai kepada seorang pesara di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Seramai tujuh orang saksi telah dipanggil bagi membantu siasatan melibatkan kes individu melepaskan tembakan ke arah sebuah rumah banglo dan kereta seorang penjawat awam di Kampung Guntong, Kok Lanas di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki berkata, saksi-saksi tersebut dipanggil untuk melengkapkan kertas siasatan kes tersebut selain untuk mencari motif sebenar kejadian terbabit.

“Setakat ini, kita belum melakukan sebarang tangkapan terhadap suspek yang terlibat dalam kes terbabit. Polis Kelantan akan menjalankan siasatan secara menyeluruh untuk mengetahui punca sebenar kejadian itu.

“Kita akan melihat daripada semua sudut dan kemungkinan motif dendam juga boleh dikaitkan dalam kes ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sumbangan Fitrah Aidiladha, Bank Rakyat Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki memberitahu, semua pihak perlu memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terhadap kes itu dan perkembangannya akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Kosmo! Online semalam melaporkan, polis sedang memburu suspek yang melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah rumah banglo dan kereta milik seorang penjawat awam di Kampung Guntong, Kok Lanas di sini, malam kelmarin.

Difahamkan, penjawat awam terbabit tiada di rumah semasa suspek datang dan melepaskan tembakan.– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI