PETALING JAYA – Penampilan terbaharu Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang memakai tudung sewaktu berangkat ke Majlis Perasmian ‘Program Plastic Busters Beach-River-Park Clean Up’ Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Stadium Tertutup Kuala Selangor semalam, menerima pujian daripada rakyat.
Menerusi media sosial Selangor Royal Office, orang ramai meninggalkan komen memuji kecantikan baginda yang kelihatan manis dengan penampilan baharu tersebut.
Salah seorang yang meninggalkan komen di Instagram Selangor Royal Office ialah pelakon Fazura yang memuji kecantikan baginda.
“Masya-Allah, masya-Allah cantik my TPS (Tengku Permaisuri Selangor,” katanya.
“Masya-Allah, semakin lawa semakin berseri-seri Tengku Permaisuri,” ujar Nurhaznita.
“Cantik Tengku Permaisuri Sekarang selepas pulang dari haji,” ujar Mohd. Fareed.
Sebelum ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berangkat ke Tanah Suci menunaikan ibadah haji pada musim haji tahun ini. – KOSMO! ONLINE