PETALING JAYA – Hujan lebat dan ribut petir dilaporkan di beberapa tempat hampir seluruh negeri pada pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, antara negeri terlibat adalah Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
“Seterusnya ribut petir di satu dua tempat di Perak, manakala hujan di beberapa tempat di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
“Di Sabah pula, hujan di satu dua tempat melibatkan Pedalaman, Pantai Barat selain Wilayah Persekutuan Labuan, manakala Sarawak pula hujan di satu dua tempat melibatkan Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri,” kata kenyataan itu hadi ini. – KOSMO! ONLINE