fbpx

Perompak arah mangsa ‘bank-in’ wang diburu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perompak itu memeras ugut mangsa sebelum melarikan diri. - Detik

JAKARTA – Seorang suri rumah di Sumatera Utara, Indonesia terkejut apabila seorang lelaki memasuki rumahnya untuk merompak, lapor laman berita Kompas semalam. 

Pengarah Unit Siasatan Jenayah Umum Sumatera Utara, Sumaryono berkata, kejadian itu berlaku pukul 4 petang (waktu tempatan) Selasa lalu.

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) lokasi kejadian memaparkan lelaki berbaju-T dan berseluar pendek itu mengekori mangsa dari belakang.

Ketika kejadian, wanita bernama CH itu baru saja pulang. Tiba-tiba, perompak tersebut memasuki rumah dan mengugutnya.

CH diugut bunuh jika dia menjerit. Perompak itu memaksa mangsa memberikan wang kepadanya, namun dia kehabisan wang tunai.

Dia kemudian dipaksa memindahkan wang menggunakan aplikasi perbankan mudah alih sebanyak 5 juta rupiah (RM1,540) dan telefon bimbitnya juga dirampas.

Menurut Sumaryono, suspek sudah dikenal pasti dan dalam buruan polis. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI