fbpx

Bapa bertemu anak diculik 22 tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wuze tidak berputus asa untuk mencari anaknya sejak 22 tahun lalu. - Oddity Central

BEIJING – Seorang lelaki di China berjaya menemui semula anak lelakinya yang diculik ketika masih kanak-kanak hampir 22 tahun lalu, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Pada Oktober 2002, Lei Wuze meninggalkan anaknya, Lei Yeuchan, 4, bermain di bawah pengawasan seorang jiran di rumah mereka dekat Yueyang, wilayah Yunan.

Wanita itu memberitahu polis bahawa dia melihat seorang lelaki mengumpan mangsa sebelum menculiknya di jalan ketika dia tidak memberikan perhatian.

Sejak itu, Wuze tidak berputus asa untuk mencari anaknya. Dia berjalan di sekitar Yueyang dengan memegang gambar mangsa dan menyapa orang ramai tanpa henti.

Sepanjang lebih dua dekad, dia bertemu lebih 300 anggota polis dan melawat ratusan bandar untuk mengesan keberadaan Yuechang.

Bagaimanapun, ketabahan Wuze membuahkan hasil pada tahun ini apabila terlihat keratan akhbar yang memaparkan perisian digelar ‘Prototaip Pengecaman Muka 2.0’.

Ia kemudian digunakan oleh polis untuk mencari padanan setelah gambar wajah Yuechuan semasa kecil dihasilkan menjadi model lebih tua.

Awal tahun ini, polis menemui individu dengan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang sepadan dengan Wuze. Lelaki berusia 26 tahun itu tinggal di Shenzen.

Selepas penculikan Yuechuan, Wuze dan isterinya mempunyai seorang anak perempuan, tetapi mereka tidak pernah berputus asa mencari anak lelaki mereka.

Di ambang kematiannya, bapa Wuze meminta dia  membawa cucunya pulang ke rumah. Wuze akhirnya bertemu Yuechan pada hujung bulan lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI