fbpx

Penduduk panik banjir lahar dari Gunung Semeru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai melarikan diri di jalan. - Detik

JAKARTA – Penduduk setempat melarikan diri apabila banjir bercampur lahar sejuk dari Gunung Semeru melimpah ke jalan raya dan memusnahkan jambatan di daerah Lumajang dalam wilayah Jawa Timur, lapor laman berita Detik.

Dalam sebuah klip video yang dimaut naik semalam, orang ramai melarikan diri apabila banjir bercampur lahar sejuk itu menenggelamkan sawah padi mereka.

Sebahagian penduduk melarikan diri dengan menaiki motosikal sempat, namun seorang lelaki terpaksa meninggalkan motosikalnya di tepi jalan kerana kesuntukan masa.

Beberapa tiang lampu di kawasan itu juga dilaporkan tumbang.

Tiga jambatan penghubung kampung di sekitar lereng Gunung Semeru itu ditenggelami banjir.

Ketua Kecemasan dan Logistik Jawa Timur, Satrio Suseno berkata, banjir itu menjejaskan Kampung Tumpeng, Kampung Sidomulyo  dan Kampung Sumberwuluh.

Banjir bercampur lahar sejuk itu berpunca daripada kekerapan hujan di lereng Gunung Semeru sejak beberapa hari lalu. Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI