fbpx

NTS RW Racing GP guna khidmat Hafizh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hafizh (kanan) kekal bersaing di Moto2 musim depan selepas sah menjadi milik pasukan NTS RW Racing GP dari Belanda.

DESAS-DESUS pelumba negara, mengenai masa depan Hafizh Syahrin Abdullah dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) akhirnya terjawab selepas pelumba berusia 26 tahun itu sah menyertai pasukan NTS RW Ra­cing GP dalam saingan Moto2.

Lebih menarik, Hafizh akan bergandingan dengan pelumba berusia 16 tahun dari Belgium, Barry Baltus untuk menyertai pasukan dari Belanda tersebut.

Hafizh akan menggunakan casis jentera berbeza iaitu milik pasukan itu sendiri, NTS berbanding yang digunakan musim ini iaitu Speed Up bersama pasukan Aspar.

“Saya gembira dapat kekal dalam saingan Moto2 dan menyertai NTS RW Racing GP. Saya tahu perlu bekerja keras untuk membangunkan jentera baharu ini tetapi saya percaya dengan projek ini.

“Saya lihat NTS dan pasukan menunjukan peningkatan yang baik pada jentera dalam waktu yang singkat ini. Saya harap de­ngan pengalaman yang saya ada mampu membuat perubahan yang besar.

“Saya tidak berada pada tahap terbaik pada musim ini, sebab itulah saya sangat gembira dan bersyukur dengan keyakinan yang diberikan oleh NTS RW Ra­cing GP,” katanya dalam satu ke­nyataan.

Sementara itu, pengurus pa­sukan NTS, Jarno Janssen berharap kehadiran Hafizh dapat membantu pasukannya membangunkan jentera yang terbaik untuk bersaing dalam perlumbaan Moto2 musim depan.

“Kami bangga dan gembira berjaya mendapatkan Hafizh. Dia seorang pelumba berpengalaman dan berbakat.

“Pasukan menunjukkan pe­ningkatan yang baik tetapi kami dalam proses membangunkan jentera. Justeru, data yang diperoleh daripada Hafizh sangat penting bagi kami,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI