fbpx

[VIDEO] Terubat rindu Raissuddin jumpa ‘kembar’ arwah Siti Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Raissuddin ketika berjumpa adik Miza.

PETALING JAYA – Kerinduan Raissuddin Hamzah terhadap arwah Siti Sarah akhirnya terubat apabila hasratnya untuk bertemu kanak-kanak yang dikatakan seakan-akan mirip Siti Sarah termakbul.

Melalui sebuah klip video yang dimuat naik isteri Raissuddin iaitu, Siti Fatimah Suberi atau lebih dikenali sebagai Makder memaparkan, detik-detik mereka berjumpa dengan kanak-kanak tersebut.

“MasyaAllah, sama sangat dengan Sarah masa kecil-kecil,” katanya.

Jelasnya, mereka sanggup menempuh perjalanan jauh demi melunaskan hasrat Raissuddin.

“Rezeki dapat jumpa adik Miza. Tujuh jam perjalanan ke sini sebab suami nak sangat jumpa. Terubat rindu atuk,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Dalam video tersebut, Raisuddin dilihat gembira dengan pertemuan tersebut dan sempat mengambil beberapa gambar bersama kanak-kanak tersebut.

Dalam pada itu, Shuib dilihat sempat meninggalkan komen pada perkongsian itu.

“MasyaAllah, comelnya alahai. Macam Siti masa kecil. Sampai kan salam pada adik Miza Makder,” komen Shuib.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai sebak melihat pertemuan antara Raissuddin dan adik Miza.

“Kita sebak tengok. Rindunya seorang ayah pada anakandanya,” kata Cikpuan.

“Ya Allah, dia punya senyum tu berair mataku. Entahlah, arwah Sarah memang ada tempat dalam hati ini agaknya. Al-Fatihah,” ujar Nadnadiaaaaaa. – KOSMO! ONLINE

@suciuwais MasyaAllah sama sangat dengan Sarah masa kecil-kecil 😭🥹 #sitisarah #raissuddinhamzah #fyp ♬ Ku Teruskan – Sarah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI