fbpx

Peniaga akui rugi RM300,000 5 tahun main judi online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pengakuan seorang peniaga yang kerugian RM300,000 selepas ketagih bermain judi online.

PETALING JAYA – Seorang peniaga mengakui dirinya kini menjadi buruan bank dan ceti haram selepas mengalami kerugian sebanyak RM300,000 dalam tempoh hampir lima tahun akibat bermain judi online.

Menerusi satu video klip tular di media sosial hari ini, peniaga tersebut turut akui mula berjinak dalam permainan judi itu ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) kerana perniagaannya ditutup.

“Ya saya mengaku sebab PKP perniagaan saya tutup, saya ada empat kedai sebelum ini. Tetapi sebab utama saya jatuh rugi adalah kerana mula berjinak dengan judi online.

“Mula-mula saya suka-suka sahaja, masuk sekali dapat RM400. Kemudian kita jadi ketagih dan mula guna modal besar, sekali dengan modal-modal hangus.

“Sekarang saya terpaksa pinjam ahlong dan bank. Kalau ada ahlong yang tengok video saya ni nanti mereka cari saya akan lari sebab saya tak mampu nak bayar. Saya rugi RM300,000 wang simpanan sepanjang hampir lima tahun bermain judi online,” jelasnya.

Rata-rata orang ramai turut bersetuju dan menasihatkan masyarakat untuk jauhkan permain judi online yang hanya merugikan dan akui permainan tersebut hanya membuatkan pemainnya ketagih semata-mata.

“Betul tak payahlah main, tak ada pun orang kaya sebab main judi online ni. Aku pun tak faham sampai kawan aku sendiri habis duit gaji gara-gara main judi ni,” jelas Zimm_Skodar.

“Awal-awal dia umpan je dapat untung, lepas tu dia telan duit kita macam tu je. Nasihat aku jangan main,” kata Pijo Zainuddin. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI