fbpx

Pemandu e-hailing ‘reject’ pesanan penumpang sebab gemuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang pengguna Twitter @izzatdalphia meluahkan rasa kecewa apabila pemandu sebuah e-hailing tidak mahu menerima pesanannya dengan alasan dirinya mempunyai berat badan berlebihan.

Katanya, antara alasan lain pemandu tersebut adalah kenderaan yang dibawa akan mengalami masalah selain tidak dapat bergerak laju seperti kebiasaan.

“Your driver ask me to cancel the trip because he say im big and overweight (Pemandu minta saya batalkan pesanan sebab dia kata saya besar dan berat berlebihan).

“And he keep talking about he cannot go fast because his car can broken because im overweight? (Dia sentiasa cakap yang kereta dia tak boleh pergi laju dan akan rosak sebab saya gemuk?,” luahnya menerusia ciapan di Twitter semalam.

Bagaimanapun, pengguna itu tetap dengan pendirian untuk kekal naik kenderaan e-hailing terbabit kerana sudah menempahnya.

Katanya, pemandu tersebut turut bertindak tidak memasang pendingan hawa kenderaanya sepanjang perjalanan.

“What kind of service is this? And yes he go slow and didnt want to open air conditioning (Apa punya servis macam ini? Dan ya dia bawa perlahan dan dia tidak mahu pasang pendingan hawa keretanya,” katanya.

Tambahnya, berhubung kejadian tersebut, dia telah membuat aduan kepada syarikat pengendali e-hailing terbabit untuk melaporkan tindakan pemandu terlibat.

Perkongsian pengguna itu telah mendapat lebih 1.8 juta tontonan sehingga hari ini dan ramai terkejut dengan situasi yang diceritakannya.

“Berat 180 kilogram (kg) sekali pun, dah namanya p-hailing kenalah terima. Kalau memilih pelanggan, jadi pemandu peribadi sahaja,” tegur seorang Danny.

“Itulah, pemandu memang banyak ragam, ada sekali tu aku lepas balik main badminton, pemandu siap pesan jangan sandar pada kerusi, sebab takut berbau peluh, lepas itu siap buka tingkap, aku minta diskaun tak nak pula bagi,” kongsi Zennyt. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI