fbpx

Lelaki Yaman cabul dua remaja perempuan berjaya ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga Yaman ditahan selepas disyaki terlibat mencabul dua remaja perempuan di sebuah kedai pusat beli-belah di Bandar Sunway, di sini, pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kejadian tersebut difahamkan berlaku kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Jelasnya, dua remaja perempuan terbabit merupakan warga tempatan serta pelajar di sebuah universiti.

“Mangsa masing-masing berusia 17 dan 18 tahun mendakwa telah dicabul ketika berada di dalam sebuah kedai kompleks membeli-belah berkenaan.

“Suspek warga Yaman yang berusia 20 tahun itu ditahan selepas mangsa membuat aduan kepada polis bantuan.

“Pemeriksaan lanjut ke atas suspek juga dapati tiada sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan tengah malam semalam.

Menurut beliau, suspek yang menganggur itu direman selama 14 hari hingga 20 Julai (Khamis).

“Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI