fbpx

Lelaki serang, ketuk kepala isteri bekas ADUN diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek diberkas di Jalan Merbah, Bayan Lepas di sini selepas beberapa jam kejadian berlaku petang kelmarin.

BALIK PULAU – Polis menahan seorang lelaki berusia 41 yang disyaki menyerang dan mengetuk kepala isteri kepada seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di sini kelmarin.

Menurut kenyataan di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPD BD) malam tadi, tangkapan ke atas suspek dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah di Jalan Merbah, Bayan Lepas selepas berapa jam kejadian berlaku pada pukul 1.30 petang itu.

“Berdasarkan laporan, suspek telah datang ke kedai pengadu dan bertanyakan siapa menuduh anaknya mencuri. Pengadu menjelaskan bahawa pengadu yang menuduh anak suspek cuba mencuri dalam kedainya.

“Kemudian telah berlaku pertengkaran mulut dan suspek telah mengetuk kepala pengadu menggunakan tangan,” katanya kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.

Kelmarin, Kosmo! Online melaporkan, isteri kepada bekas ADUN Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz dipercayai diserang seorang lelaki di sebuah kedai runcit.

Kejadian berlaku selepas isterinya yang merupakan seorang guru menegur seorang pelajar perempuan yang disyaki mencuri barangan makanan di dalam premis berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI