fbpx

Russel harap ada peluang ke Sukan Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUSSEL pernah beraksi di peringkat separuh akhir 200m Kejohanan Olahraga Asia 2019. - RUSSEL ALEXANDER NASIR TAIB

PEMEGANG rekod 200 meter (m) kebangsaan, Russel Alexander Nasir Taib berharap namanya tersenarai ke Sukan Asia Hangzhou, China pada September walaupun tidak terpilih ke Kejohanan Olahraga Asia 2023 di Bangkok, Thailand.

Russel, 25, menjelaskan, dia tidak dimaklumkan mengenai sesi pemilihan atau perbincangan dengan pihaknya berhubung kejohanan di Thailand itu yang akan berlangsung 12 hingga 16 Julai ini.

Atlet yang berpangkalan di Australia itu enggan menjadikan faktor kecederaan hamstring dialami ketika menyertai Terbuka Singapura pada April lalu sebagai sebab utama dia tidak terpilih ke Thailand.

Justeru, Russel mengharapkan peluang ke Sukan Asia bagi mengubati kekecewaan selepas turut kempunan ke Sukan SEA Kemboja 2023 pada saat-saat akhir ekoran kecederaan hamstring.

RUSSEL

“Saya masih berharap tersenarai acara 200m dan lari berganti-ganti di Sukan Asia nanti. Ini adalah kejohanan besar yang anda sasarkan dan berusaha setiap hari untuk menyertainya.

“Di usia 25 tahun, saya cuma dapat beraksi di separuh akhir Kejohanan Asia dan Sukan Komanwel. Saya perlu lebih banyak pendedahan untuk kemajuan perkembangan dan pengalaman tidak ternilai buat saya,” katanya.

Russel yang memegang rekod 200m kebangsaan dengan catatan 20.77 saat (s) itu pernah melayakkan diri ke separuh akhir 200m pada penampilan pertamanya di pentas Kejohanan Asia edisi 2019 di Doha, Qatar.

Malah, Russel sentiasa konsisten mencetak masa bawah 21.30s bagi 200m sejak memecahkan rekod kebangsaan pada 2019 termasuklah ketika beraksi di separuh akhir Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI