fbpx

Respons sensasi Pogacar juarai peringkat ke-6

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGACAR meraikan kejayaan melintasi garisan penamat untuk memenangi peringkat keenam TdF sejauh 144.9km dari Tarbes ke Cauterets-Cambasque semalam. – AFP

TARBES, Perancis – Jaguh Slovenia, Tadej Pogacar melakukan serangan menakjubkan pada pendakian terakhir ke Cauterets-Cambasque dengan mendahului juara bertahan Jonas Vingegaard untuk memenangi peringkat enam Tour de France (TDF) semalam.

Ia adalah respons yang hebat daripada Pogacar yang tewas le­bih seminit kepada Vingegaard di Pyrenees, kelmarin.

Juara TdF dua kali itu kini menduduki tempat kedua kese­luruhan, 25 saat di belakang Vingegaard dalam klasifikasi kese­luruhan.

Bagaimanapun, Vingegaard berjaya merampas jersi kuning pendahulu daripada Jai ​​Hindley dari Australia, Hindley pula terpaksa akur jatuh ke tempat ketiga dalam kedudukan keseluruhan setelah ketinggalan pada pendakian ke­dua terakhir menaiki Col du Tourmalet yang ikonik dan akhirnya menduduki tempat keenam.

Pelumba Bora-hansgrohe itu ketinggalan dua minit 39 saat di hadapan Pogacar yang meng­huni kumpulan bersama pelumba Britain Simon Yates dan pelumba Sepanyol Carlos Rodriguez.

Simon dan kembarnya, Adam serta rakan senegara dari Britain, Tom Pidcock, semuanya berada di kedudukan 10 teratas dalam klasifikasi keseluruhan selepas hari yang melelahkan pada perlumbaan sejauh 144.9km dari Tarbes ke penamat puncak di Cauterets-Cambasque.

Ia merupakan peringkat yang menyaksikan Pogacar memberikan respons sensasi untuk mengadakan pertarungan yang berpotensi menjadi epik antara dirinya dan Vingegaard dalam baki 15 peringkat perlumbaan terhebat berbasikal TdF.

“Saya tidak akan sifatkannya sebagai balas dendam tetapi ia berasa sangat indah untuk menang dan mengambil sedikit masa.

“Saya berasa sedikit lega, saya berasa lebih baik sekarang.

“Persembahan Jonas (Vingegaard) kelmarin amat luar biasa dan saya fikir apabila mereka mula menaiki Tourmalet, saya fikir, jika ia akan berlaku se­perti kelmarin, kita sudah boleh mengemas beg dan pulang ke rumah.

“Bagaimanapun, nasib baik saya mempunyai kaki yang agak kuat hari ini dan mampu menaiki laluan Tourmalet. Saya berasa agak selesa dan apabila merasakan ia adalah saat tepat pada akhirnya saya menyerang dan ia adalah satu kelegaan besar.

“Saya akan katakan jurang sekarang hampir sempurna dan ia akan menjadi pertempuran besar sehingga ke peringkat ter­akhir nanti, itu saya jangkakan,” kata Pogacar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI